Sunday, March 18, 2018

1sen pun 1MDB tak pernah beri pada PM

BERITA
1sen pun 1MDB tak pernah beri pada PM
Diterbitkan 18 Mac 2018, 8:02 malam
Dikemaskini 18 Mac 2018, 8:05 malam

Syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1MDB, tidak pernah membuat sebarang bayaran - walaupun satu sen - ke dalam akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata beliau menyatakan pengesahan itu berdasarkan semakan rekod syarikat serta siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Saya mengesahkan syarikat 1MDB, menurut rekod-rekod syarikat dan menurut penyiasat PAC, syarikat 1MDB tidak pernah sekalipun membayar walaupun satu sen ke dalam akuan peribadi perdana menteri,” katanya dipetik Utusan Online hari ini.

Arul Kanda juga mempertahankan peranan Najib sebagai penasihat 1MDB.

Katanya Najib tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif namun pembangkang menjadikan kedudukan perdana menteri dalam 1MDB sebagai bahan untuk menyerangnya.

"Kuasa beliau (Najib) hanya untuk memberi nasihat. Dan kerana beliau berada dalam lembaga (1MDB) pembangkang mendakwa perdana menteri bertanggungjawab," katanya seperti dilaporkan The Star Online.

Najib pernah menjadi sebahagian daripada anggota lembaga penasihat 1MDB. Bagaimanapun badan itu sudah dibubarkan.

Kes tangguh lagi

Pembangkang mendakwa kedudukan Najib bukan sekadar menasihat syarikat milik Kementerian Kewangan berkenaan dan dakwaan itu dibuat berdasarkan kepada beberapa dokumen berkaitan.

Menurut dokumen itu kelulusan bertulis perdana menteri diperlukan bagi sebarang komitmen kewangan syarikat, termasuk pelaburan, penstrukturan semula atau sebarang isu berkaitan dasar kerajaan persekutuan, selain kepentingan dan keselamatan negara.

Bercakap di suatu majlis di Ipoh, Perak, Arul mendakwa pembangkang menyerang kerajaan menggunakan 1MDB kerana mereka kehabisan isu.

"Kerajaan sudah meningkatkan taraf ekonomi dan mencipta banyak peluang pekerjaan. Mereka (pembangkang) tak boleh menyerang dasar kerajaan, jadi mereka tak ada cara lain.

"Isu 1MDB dah lama tetapi ada orang yang tidak bertanggungjawab terus memainkannya," kata Arul.

Dia juga menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekuliasi berhubung saman dikemukakan Jabatan Kehakiman AS bagi merampas aset didakwa diperolehi menggunakan dana 1MDB.

"Belum ada sebarang prosiding, pembelaan atau keputusan lagi.

"Mereka (pihak berkuasa AS) juga baru-baru ini memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan kes ini selama enam bulan lagi," katanya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-