Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Wednesday, March 28, 2018

Agenda Daily – Undang-undang antiberita tidak benar bukan mahu sekat perbahasan 1MDB – Salleh

Mar 28, 2018
Posted By Admin

Terakhir dikemaskini: 28 Mac 2018
By BERNAMA


Tuduhan sesetengah pihak kononnya cadangan undang-undang baharu antiberita tidak benar bertujuan menyekat perbahasan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak betul, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata tiada apa yang boleh menyekat sesiapa pun daripada berbahas atau bercakap mengenai 1MDB.

“Isunya ialah apabila seseorang mula menyebarkan ‘berita´ dan ‘fakta´ yang tidak benar. Sebagai contoh kita sering mendengar ‘berita´ RM42 bilion wang 1MDB hilang begitu sahaja sedangkan perkara itu telah dijelaskan secara rasmi dan dibuktikan tidak benar, ” katanya dalam catatan terbaru blog beliau www.sskeruak.blogspot.my Rabu.

Beliau berkata isu yang lebih besar ialah untuk menangani penyebaran tidak bertanggungjawab berita dan fakta tidak benar yang “mengaitkan banyak situasi dalam kehidupan kita.”

“Bila pembohongan diulang terlalu kerap, orang ramai boleh mempercayainya sebagai betul. Inilah penyakit berita tidak benar yang memberi kesan kepada dunia, bukan sahaja Malaysia, ” katanya.

-28/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Source link