Saturday, March 17, 2018

HARAPAN, PAS S'gor rai 10 tahun mentadbir di program berasingan


Pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) dan PAS di Selangor akan mengadakan himpunan berasingan esok di Shah Alam sempena 10 tahun pentadbiran mereka di negeri itu.

Di Stadium Melawati, pasukan sukarelawan yang dinamakan "Team Selangor" akan mengadakan Karnival Himpunan Rakyat: Membangun Bangsa Memakmurkan Selangor.

Karnival itu akan dimulakan pada pukul 9 pagi dengan permainan dan pertunjukan dari beberapa pegawai atasan bertemakan "kisah kejayaan Selangor".

Sumber menyataan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dijangka tampil menjelaskan kenapa pentadbiran Selangor penting kepada negara.

"Kita menjangkakan beliau akan menjelaskan kenapa kesinambungan 42 skim Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) termasuklah air percuma, subsidi perubatan, skim mikro-kredit penting bukan saja untuk Selangor tapi juga negara," kata sumber yang rapat dengan pihak penganjur.

Berdasarkan atur cara program, tiada pemimpin dari PAS - yang memiliki tiga kerusi di kabinet negeri - akan berucap.

Sementara itu, kira-kira 10km dari tapak karnival itu, PAS akan berkumpul di stadium JKR pada sebelah petang untuk solat hajat dan program ceramah.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disenaraikan sebagai tetamu utama program itu diikuti Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dan ahli kabinet Datuk Iskandar Abdul Samad.

Menurut Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir, program itu bertujuan sebagai tanda syukur sempena 10 tahun PAS dalam kerajaan negeri Selangor.

"Tujuan utama untuk menunjukkan tanda syukur atas kemampuan PAS bertahan (10 tahun dalam kerajaan negeri) meskipun pelbagai insiden kebelakangan ini," katanya kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-