Saturday, March 24, 2018

Pelancung kencing di tempat wuduk undang kemarahan

Published on Mar 24, 2018 in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

DUA lelaki dipercayai warga China yang bertindak biadap dengan membuang air kecil di tempat mengambil wuduk mengundang reaksi negatif daripada netizen.

Menurut seorang netizen bernama Nur Hafidzah, insiden ini berlaku di Stesen MRT Phileo Damansara, Petaling Jaya pada jam 5.19 petang, pada Rabu.

Kata Hafidzah, kedua-dua individu berkenaan pada awalnya dilarang oleh orang awam daripada berbuat demikian.

Insiden ini berlaku kepada saudaqra lelakinya dan diceritakan semula oleh Hafidzah.

“Saya sedang mahu mengerjakan solat, dan saya terdengar bunyi bising daripada tempat mengambil wuduk surau tersebut, jadi saya lihat di tempat wuduk itu dan terlihat tiga lelaki (dipercayai sebagai warga negara China berdasarkan loghat mereka yang pekat).”

“Salah seorang daripada mereka seolah-olah memahami apabila saya dan seorang lagi lelaki Muslim memberitahu mereka bahawa itu bukanlah tempat untuk buang air kecil.”

“Tidak puas hati, meskipun dengan berkaki ayam, saya keluar daripada surau itu, dan syukur kerana terdapat seorang Polis Bantuan yang secara kebetulan sedang berjalan menuju ke arah saya.”

“Saya meminta bantuan beliau untuk mengawal situasi, pada waktu yang sama salah seorang yang tadi selamba kencing sedang keluar daripada surau.”

“Setelah selesai solat, saya keluar daripada surau itu dan ternampak mereka yang selamba kencing itu, tanpa peduli dan hormat agama lain, masih lagi bersama dengan Polis Bantuan tersebut dan dengan beberapa petugas MRT.”

“Saya berharap MRT cukup bijak untuk mengawal kes sebegini.”

Namun begitu, kedua-duanya dikatakan tetap berdegil dan terus bertindak melampau membuang air kecil ditempat mengambil wudhu berkenaan.

Ekoran itu, orang awam terpaksa meminta bantuan daripada polis bantuan di kawasan berkenaan sebelum memaklumkan insiden tersebut kepada pihak MRT.

Sementara itu menerusi laman Twitter pula, kami difahamkan pihak Rapid KL telah mengambil maklum berhubung insiden itu dan tindakan susulan akan diambil.

 – MYNEWSHUB.CC/AM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-