Friday, March 23, 2018

'Saya pun tak mampu cipta komidi selucu ini'

SENI & HIBURAN

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang membuat kejutan dengan menghadiri Wacana Sinar Harian bertajuk "Apakah Tun M, terlalu tua untuk jadi PM?" di Shah Alam, semalam juga mencuri tumpuan para artis.

Antaranya, termasuk Datuk Afdlin Shauki.

Dalam catatan ringkasnya di media sosial, penerbit itu jelas tidak dapat menahan perasaan lucunya melihat gambar Dr Mahathir berdiri sambil melirik ke arah seorang pensyarah yang sebelum itu mengkritiknya.

Pensyarah itu adalah Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kamarul Zaman Yusoff.

Afdlin yang juga seorang pengarah filem dan pelawak mengakui beliau sendiri tidak mampu mencipta komedi selucu itu.

“Hahahahaha....Saya pun tidak mampu cipta komedi selucu ini! ...sangat epik” katanya.

Pensyarah itu adalah antara tiga ahli panel yang mengupas topik itu yang membincangkan sama ada jika Dr Mahathir sudah terlalu tua untuk jadi PM apabila bekas perdana menteri itu secara tiba-tiba turut hadir sambil ditemani isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali.

Selain Kamarul Zaman, siri wacana itu turut disertai pakar psikologi, Prof Datuk Dr Mat Saat Mohd Baki dan Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri Abdul Ghaffar.

Kamarul Zaman pada awal wacana itu nampak begitu lantang dan yakin sewaktu membidas Dr Mahathir.
Namun beliau dilihat terpaku di kerusi sebaik Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah tampil dan duduk di barisan hadapan penonton.

Perdana Menteri yang pernah berkhidmat selama 22 tahun itu kemudiannya dijemput menyertai perbincangan berkenaan.

Bagaimanapun, pagi tadi, Kamarul Zaman menafikan bahawa dirinya terkedu dan terus terkucil ketakutan sebaik sahaja Dr Mahathir sampai ke majlis wacana itu.

Sementara itu, seorang lagi selebriti, Sharnaaz Ahmad turut menyindir panel yang lain iaitu Kevin.

“Itu bukan Kevin Zahri ka? Hang cikgu fitness (kecergasan) kan...yang dok masuk politik pasai pa? Dari protein shake ke parlimen ka?...,” katanya.



Tu bukan kevin zahri ka? Hang cikgu fitness kan.. yg dok masuk politik pasai pa? Dari protien shake ke parlimen ka? Dude just do what u do best leave politics bro. Not worth it.. https://twitter.com/pakusaja/status/976783672744460288 …
Twitter Ads info and privacy

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-