Sunday, April 15, 2018

281 ahli Bersatu Pasir Salak keluar parti

MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
14 APRIL 2018

Zainal Abidin melempar borang keahlian Bersatu sebagai tanda keluar dari parti berkenaan dan menyertai Umno

TELUK INTAN - Seramai 281 ahli Bersatu Bahagian Pasir Salak termasuk Penolong Pendaftarnya, Zainal Abidin Hussin bertindak melempar borang keahlian bersatu dan menyertai Umno.

Menurut Zainal Abidin, tindakan berkenaan diambil sebagai tindakannya keluar dari Bersatu selepas hilang kepercayaan kepada pimpinan Bersatu yang hanya tahu merebut jawatan dalaman sehingga mengabaikan nasib akar umbi.

"Dalam Bersatu semua pemimpin berebut kuasa dan kedudukan jadi kami di peringkat bawahan ini tertanya-tanya ke mana arah kami sekiranya perebutan berlaku.

"Kerana itu selepas setahun bersama Bersatu saya dan ahli lain hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan yang ada dan sudah tidak mahu dengan Bersatu lagi, lebih baik pulang kepada Umno," katanya pada sidang media selepas menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Bahagian Umno Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, di Dewan Pekan Rabu, Chenderong Balai, malam tadi.

Tambahnya lagi pihak atasan Bersatu pernah menjanjikan jawatan tetapi berlaku perebutan sehingga mereka dipinggirkan serta tidak diambil peduli langsung.

"Saya tidak nampak Bersatu membela orang Melayu kerana itu kami 281 ahli Bersatu bertindak keluar parti malam ini," katanya.

Sementara itu, Tajuddin berkata, tindakan Zainal Abidin dan ahli Bersatu yang lain menyertai Umno bagi membolehkan mereka memberi sumbangan kepada perjuangan rakyat di parlimen ini.

"Malam ini Umno Pasir Salak menerima sahabat-sahabat baru dari Bersatu dan mereka telah membuang borang keahlian Bersatu lalu menyerahkan borang menyertai Umno kepada saya.

"Saya percaya selepas ini lebih ramai lagi meninggalkan Harapan dalam tempoh beberapa minggu ini dan saya mengalu-alukan kehadiran mereka kembali bersama BN," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-