Thursday, April 12, 2018

'DAP ibarat orang tak solat pinang anak tok iman'

N FAIZAL GHAZALI


PRU14 | PAS melontarkan penegasan kepada pengundi Melayu supaya tidak mudah tertipu dengan parti DAP disebalik penggunaan logo PKR oleh Pakatan Harapan (HARAPN).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, DAP sebaliknya mahu mengelirukan pengundi Melayu demi memancing undi dengan 'cuba berjubah dan berserban'.

Menurutnya, DAP dikatakan perlu menyelindungi imej 'kecinaan' yang cukup sinonim dengan parti itu bagi mendapatkan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya umu ke-14 (PRU) nanti.

"Dia macam orang yang tidak pernah solat, tetapi mahu meminta anak tok imam. Dia sanggup pakai jubah dan serban ketika datang meminang.

"Kita harap pengundi tidak tertipu," katanya kepada media di Kota Bharu, hari ini.
Timbalan menteri besar Kelantan itu ditemui selepas Majlis Penyerahan Tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan antara Datuk Mohd Faudzi Che Mamat yang akan bersara wajib mulai 14 April 2018 ini dan digantikan dengan Datuk Nazran Muhammad.

Terdahulu, Majlis Presiden HARAPAN memutuskan untuk menggunakan logo bersama iaitu logo PKR pada piliha raya kali ini.

Justeru, Mohd Amar berkata, strategi tersebut juga secara tidak langsung membuktikan dakwaan banyak pihak bahawa PKR selama ini diperkudakan DAP.

"Sekarang tak nampaklah parti Cina (guna logo PKR). Bermakna PKR sudah diperkuda DAP.
"DAP pun mengaku mereka nak guna logo PKR untuk mengaburi mata pengundi Melayu," katanya.

Tambah penyandang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu, PAS bagaimanapun tiada masalah dengan strategi HARAPAN.

"Kita tiada masalah, bagi orang awam kita tak tahulah.

"Kita ada lambang yang lebih senang iaitu bulan, lebih cerah daripada (lambang) mata.

"Jadi pilihlah bulan yang terang daripada memilih mata yang lebam," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-