Saturday, April 14, 2018

DAP namakan Aziz Bari calon DUN Tebing Tinggi


PRU14 | DAP mengumumkan pencalonan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai calonnyabagi kerusi DUN Tebing Tinggi, di Perak, dalam pilihan raya umum ke-14.

Menurut Sinar Harian hari ini, beliau menggesa pengundi tidak hanya mengundi dirinya, tetapi mengundi Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baru.

"Insya-Allah, jika saya dipilih sebagai calon di DUN Tebing Tinggi dan menang, banyak yang kita akan bantu. Tapi biarlah menang sebagai kerajaan, bukan pembangkang," Aziz dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah.

Katanya, beliau telah bertemu rakyat setempat untuk mendengar luahan mereka, dan menggariskan pelbagai tawaran yang disenaraikan melalui manifesto yang akan dilaksanakan jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Hadir sama ialah Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh;
Ketua Pemuda DAP Perak, Howard Lee Chuan How,
Timbalan Pengerusi AMANAH Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Abdul Aziz pertama kali bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai ahli PKR, dan menyertai DAP pada 2015.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-