Wednesday, April 11, 2018

Hadi: Baiah taklik di Kelantan kekal


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya itu akan mengekalkan sumpah taklik cerai talak tiga bagi calonnya di Kelantan bagi memastikan tiada lagi peristiwa calon lompat parti.

Hadi berkata, PAS akan terus memperkasakan sumpah berkenaan bagi memastikan sekiranya terdapat wakil rakyat mereka yang tidak berpuas hati terhadap parti, tiada insiden lompat parti berlaku.

"Baiah adalah konsep kesetiaan terhadap dasar dan matlamat perjuangan parti, tidak khianat.

“Misalnya, jika seseorang wakil rakyat (PAS) tidak puas hati dengan parti, dia tidak boleh keluar (parti) kecuali letak jawatan dan bertanding pilihan raya semula.

"Walaupun jika ikut undang-undang tidak begitu, secara moralnya dia mesti letak jawatan. Sebab itulah kita mahu memperkasakan lagi sistem ini," katanya yang dipetik sebagai berkata dalam laporan Berita Harian.

Laporan sama turut dilaporkan akhbar Umno Utusan Malaysia.


Selain itu, Hadi berkata lagi, PAS kekal dengan pendirian untuk melaksanakan lafaz baiah terbabit meskipun ada yang menyifatkannya sudah ketinggalan zaman.

Jelasnya, wakil rakyat PAS terikat dengan janji itu selagi mereka memegang jawatan atau mereka sanggup hidup dalam kemurkaan Allah jika keluar parti tanpa mengikut syarat yang dipersetujui.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-