Wednesday, April 25, 2018

Hadi: Pakatan Harapan dapat duit dari mana?


PRU14 | Ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) mempersoalkan kemampuan kewangan PAS dan mengaitkan parti itu dengan sumbangan invididu mempunyai kaitan dengan Umno, pemimpinnya pula memulangkan soalan yang hampir sama.

Malam tadi Datuk Seri Abdul Hadi Awang melontarkan pertanyaan - dari mana HARAPAN memperoleh wang bagi menyertai pilihan raya umum (PRU).

Menjelaskan sekali lagi bahawa PAS menerima dana daripada ahlinya, Abdul Hadi berkata parti itu bergerak di atas sumbangan orang ramai.

"Kita tanya parti mereka, dapat duit dari mana?" katanya secara tegas.

Berucap di majlis ceramah perdana di Shah Alam presiden PAS berkenaan berkata, Umno dan BN memperoleh dana kerana sudah memerintah lama, serta mempunyai ramai "tauke".

"Umno, bn dpt duit dari mana? Dia kerajaan, dia memerintah lama, orang dia ramai, ada tauke banyak, boleh kata begitu.

"Yang Pakatan Harapan ni, yang baru tubuh, dari mana duit dia bertanding. biar dia jawab," katanya di akhir ceramah berkenaan.

PAS menurunkan calon di kira-kira 160 kerusi parlimen seluruh negara pada PRU ke-14 ini dengan sasaran membentuk kerajaan, atau sekurang-kurangnya menjadi kuasa penentu (kingmaker).

Kemampuan meletakkan calon begitu ramai mendorong HARAPAN membangkitkan persoalan mengenai sumber kewangan untuk PAS.

Pada masa sama PAS juga dikaitkan dengan sumbangan berjumlah RM2.5 juta. Bagaimanapun pemimpin PAS menegaskan sumbangan itu datang daripada individu dan bukannya Umno.

Khabar yang tular di media sosial pula mendakwa individu terbabit ialah pegawai khas seorang pemimpin Umno di peringkat pusat yang dilantik menjadi menteri.

Kata Abdul Hadi ada antara anggota PAS sudah berjaya dalam perusahan serta bidang lain dan mereka menyumbang kepada parti.

"Ada yang bagi ribu-ribu (ringgit), jangan pelik PAS dapat (dana banyak). Skit sangat RM90 juta," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-