Tuesday, April 24, 2018

PAS yakin menang walaupun Umno-BN gunakan jentera kerajaan

Oleh Wartawan BO
24/04/2018


KUALA TERENGGANU – Walaupun dalam PAS tahu sebagaimana dalam pilihan-pilihan raya lalu, UMNO BN menggunakan segala instrumen yang ada dalam kerajaan, kewangan dan sebagainya, namun PAS tetap yakin bahawa Allah SWT bersama-sama dengan kebenaran.

Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu menjelaskan, para pejuang PAS yakin perjuangan agama Islam ini sebagaimana umat Islam percaya kepada peristiwa Israk dan Mikraj.

”inilah keyakinan yang ada kepada kami dan diatas semangat Isra’ wal Mi’raj itu maka kami terus bergerak,

”bertemu dengan rakyat menawarkan kepada rakyat segala apa yang telah pun dijanjikan dalam manifesto PAS Negeri Terengganu kepada rakyat Terengganu apabila kita menang didalam PRU ke-14 pada 9 Mei akan datang,” katanya.

Calon PAS bagi DUN Waka Mempelam itu berkata, selain daripada itu juga, umat Islam dipaparkan beberapa kesah didalam perjalanan Israk dan Mikraj, bagaimana perjalanan yang tidak lojik pada pemikiran manusia adalah satu kenyataan.

Beliau berkata demikian dalam Program Mortivasi Pagi HARAP TV yang disiarkan secara langsung pada jam 9 pagi semalam.
Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu itu menyeru agar semua rakyat Terengganu bersatu menyokong perjuangan Islam PAS.

”Saudara-saudara, muslimin muslimat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, saya menyeru dan mengajak kepada seluruh saudara saudari yang berada di luar sana untuk bersama-sama dengan kami,

”untuk membina Negeri Terengaanu yang maju berkat dan sejahtera untuk sama-sama kita membangunkan Negeri Terengganu dengan keindahan,

”kesyumulan ajaran Islam supaya akhirnya kita akan mendapat kejayaan, keberkatan dan kesejahteraan bukan sahaja di dunia yang fana ini malah juga di akhirat,” tegasnya.
Teruskan sokongan semua pengundi, kata beliau, kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) samaada di peringkat Dewan Undangan Negeri mahupun di peringkat Parlimen.

”dan tunjukkan….. zahirkan sokongan anda pada 9 mei yang akan datang. Jom undilah PAS bersama-sama membawa Negeri Terengganu yang maju berkat sejahtera,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-