Friday, April 6, 2018

PAS yakin rampas T'ganu dengan majoriti 2/3

BERITA

PAS yakin akan dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan Terengganu sekali lagi dalam pilihan raya umum tahun ini.

Malah, bukan sahaja menang, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga percaya mereka akan dapat memperoleh majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.

"Kita jangka kita boleh ambil balik Terengganu (dan) boleh memerintah, menang lebih majoriti kerana respon pengundi-pengundi muda sangat baik,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Anggota DUN (DUN) Ru Rendang itu berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Dialog Bersama Warga Tionghwa, di Kemaman kelmarin.

Hadi juga berkata sokongan masyarakat Cina juga akan menyumbang kepada kemenangan parti itu.

"Saya nampak bila kita tunai janji (semasa memerintah pada tahun) 1999 (hingga 2004), janjilah kita hapus cukai pintu (dan) kita bagi tanah pada orang Cina.

"(pembinaan) rumah mayat (orang Cina Kemaman) kita selesaikan, kita telah tunjuk bukti kita tunaikan janji kita.

"Jadi kita mahu beri lagi (mandat sebagai) kerajaan bagi kita, (upaya) kita akan buat banyak lag (kebajikan kepada rakyat),” katanya yang pernah menjadi menteri besar Terengganu selama sepenggal.

Beliau mengesahkan PAS akan bertanding di semua kerusi pilihan raya di negeri Pantai Timur itu.

"(Kita yakin) sebab kita punya setiap kawasan (PAS di setiap) parlimen, kita ada kawasan, (kita) ada jentera parti (di kalangan) ahli-ahli kita, ada jentera.

"Ada parti-parti lain tak ada jentera, Umno (hanya guna) jentera kerajaan (dan parti) PKR, Parti BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tiada jentera,” jelas beliau.

Seperti di tempat-tempat lain, PAS Terengganu juga akan berdepan dengan pertembungan tiga penjuru dengan BN dan Pakatan Harapan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-