Wednesday, April 18, 2018

Pemuda PAS yakin perintah Perak sendirian

 sitifatimah 
18/04/2018

Jangka menang 30 kerusi daripada 43 kerusi yang ditandingi


IPOH, 2 Syaaban 1439H, Rabu – Pemuda PAS Perak yakin memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan negeri Perak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Pemudanya, Ustaz Akmal Kamaruddin berkata, menerusi kajian yang dilakukan, PAS pasti menang di beberapa kerusi di negeri Perak, dan kemungkinan besar boleh memerintah negeri bersendirian.

“Masa PRU13, kita hanya bertanding 20 kerusi sahaja, tapi kali ini kita tanding 43 kerusi. Insya-Allah kalau menang 30 kerusi, PAS boleh memerintah bersendirian.

“Kita yakin boleh menang 30 kerusi itu. Harapan kita untuk menang dalam PRU14 dan kita harap semua calon PAS sudah bersiap siaga,” katanya ketika ditemui Ismawet.net baru-baru ini.

Sementara itu, mengulas dakwaan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan kononnya PAS tidak akan menang langsung kerusi di Perak katanya, tuduhan yang dilemparkan hanya persepsi yang tidak memberi kesan sedikit pun kepada PAS.

“Itu kajian dan hak mereka. Kadang-kadang apa yang mereka lakukan seolah-olah matlamat tidak menghalalkan cara. Perjuangan mereka tidak kira dosa dan pahala.

“Yang mana rakyat sokong, itu yang mereka usahakan. Kalau rakyat tak sokong biarpun daripada al-Quran dan Sunnah, mereka akan biarkan begitu sahaja.

“Berlainan dengan PAS. Kita jika ia datang dari al-Quran dan Sunnah, kita akan perjuangkan walapun kehilangan sejuta orang. Itu perjuangan kita berasaskan Islam,” katanya.

Mengulas mengenai kuota calon katanya, pemuda PAS mendapat peruntukan 30 peratus kerusi di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Setakat ini difahamkan, tiga pemuda akan bertanding di Parlimen dan 9 di DUN. Bagaimanapun semuanya masih dalam rundingan dan akan diputuskan secepat mungkin,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-