Saturday, April 7, 2018

PKR khianat 'perjuangan' sendiri

Muhamad Aimy Ahmad
07 April 2018 6:28 PM

AB. AZIZ KAPRAWI
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, langkah itu membuktikan satu lagi episod kegilaan politik pembangkang yang diketuai DAP.

BATU PAHAT 7 April - Tindakan PKR memberi ruang kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dianggap satu pengkhianatan terhadap perjuangan mereka sendiri.

Menurutnya, PKR ditubuhkan atas perjuangan menuntut keadilan terhadap kezaliman yang telah diperlakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Dr. Mahathir.

“Saya ingin ingatkan kembali tragedi hitam politik negara pada tahun 1998, iaitu ketika era Reformasi yang dicanangkan oleh Anwar yang telah dipecat oleh Dr. Mahathir sendiri.

“Sumber kebencian PKR yang bangkit menentang UMNO-Barisan Nasional (BN) adalah disebabkan kebencian mereka terhadap Dr. Mahathir yang mereka sendiri gelar sebagai diktator serta kuku besi.

“Saya kira perbuatan PKR memberi ruang kepada Dr. Mahathir untuk mengguna logo PKR pada PRU-14 adalah satu pengkhianatan terhadap perjuangan mereka sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-