Wednesday, April 4, 2018

Polis tolak notis perhimpunan #Tangkap Pencuri

Diterbitkan 4 Apr 2018, 
10:25 pagi 

Polis hari ini menolak notis untuk mengadakan perhimpunan #TangkapPencuri berhampiran pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur pada 14 April.

Sekumpulan aktivis yang memanggil diri mereka "Anak Muda Cari Jho Low" (AMCJL), yang menganjurkan perhimpunan itu, berkata mereka akan menghantar sekali lagi notis mengenai perhimpunan itu.

"Menurut pegawai di IPD Dang Wangi, notis yang dihantar AMCJL tidak diterima kerana dokumen yang kami masukkan tidak lengkap, sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa.

"Justeru itu, AMCJL akan menghantar sekali lagi notis dan surat pemakluman himpunan #TangkapPencuri mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA)", kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, AMCJL menegaskan bahawa mereka telah melunaskan tuntutan asas berdasarkan Seksyen 9 (1) akta berkenaan, berhubung notis untuk berhimpun.

0leh itu, katanya, perhimpunan akan diteruskan seperti yang dirancang.

Perhimpunan akan bermula jam 2 petang pada 14 April berhampiran pusat beli-belah Sogo, di mana mereka akan berhimpun sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

AMCJL adalah satu gerakan yang terdiri daripada kumpulan belia, NGO dan parti politik di Malaysia.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-