Wednesday, April 25, 2018

Silap Mata DAP Hilangkan Roket

MENJELANG penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 28 April ini, hanya terdapat tiga blok yang akan menjadi pilihan rakyat Malaysia iaitu sama ada Barisan Nasional (BN), Pas atau DAP.

Mengapa blok ketiga itu dikatakan DAP? Ini kerana disebalik kebersamaan menggunakan simbol mata PKR, sudah menjadi bukan rahsia mengenai siapa ‘abang besar’ dalam gabungan pembangkang PKR.

Dalam situasi PKR, PPBM dan PAN masih terkial-kial menempatkan calon, DAP bukan sahaja telah mengesahkan calon di kawasan kemahuan mereka, malah sudah pun mempunyai senarai bakal-bakal Menteri Kabinet.

DAP juga sudah mendahului parti-parti sekutunya dalam banyak perkara lain kerana memanfaatkan kesempatan daripada pelbagai masalah dalaman parti-parti komponen dalam gabungan yang tidak rasmi tersebut.

Cuma yang dikhuatiri dengan tarikh pengundian sudah semakin hampir pada 9 Mei ini, adakah pengundi khususnya masyarakat Melayu mengetahui bahawa simbol mata itu telah menjadi milik bersama DAP?

Dengan segala macam kontroversi membabitkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam dicetuskan DAP selama ini, adakah rakyat di luar sana menyedari bahawa simbol PKR itu bermaksud calon DAP yang hendak mewakili mereka?

Dilema politik masa kini adalah tiga parti dalam gabungan berkenaan iaitu PKR, PAN dan PBBM adalah tidak lebih daripada menjadi tunggangan DAP untuk mencapai matlamatnya menguasai Putrajaya.

Silap mata terbesar yang dilakukan oleh DAP adalah bukannya menghilangkan roket tetapi mencengkam masyarakat Melayu untuk menyokong agenda yang mereka langsung tidak sedari.

- UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-