Friday, April 6, 2018

Umno: 'Biar parti bubar' helah lama Mahathir

ZULAIKHA ZULKIFLI


Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mendakwa, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sengaja tidak mahu memenuhi peraturan serta syarat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS)​ kerana ingin "menyalahkan orang lain" berhubung pembubaran parti itu.

​Malah, anggota parlimen Ketereh itu juga mendakwa, perbuatan berkenaan merupakan sebahagian daripada tindakan 'Mahathirisme' kerana ​perkara sama pernah berlaku pada Umno pada 1988.

"Tun M pernah dengan sengaja membiarkan Umno terbubar pada 1988 sebagai helah dan strategi beliau (untuk) menyingkirkan orang yang beliau tidak mahu.

"Kali ini tidak terkecuali. Mereka sengaja tidak memenuhi peraturan dan syarat ROS. Tujuannya supaya beliau boleh 'menyalahkan orang lain'.

"Ini sebahagian daripada Mahathirisme," dakwanya kepada Malaysiakini.

Najib berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir yang juga pengerusi BERSATU kerana menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran pembubaran sementara BERSATU.

Umno pernah dibubarkan 30 tahun lalu selepas mahkamah memutuskan pemilihan parti itu tidak sah dan terbatal selepas Mahathir diasak hebat Tengku Razaleigh Hamzah ketika itu.

Mahathir kemudian menubuhkan Umno (Baru) manakala musuh politiknya itu menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Razaleigh bagaimanapun kembali ke pangkuan Umno.

ROS bebas, kata Rizal

Sementara itu, bagi Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor pula, berkata Najib tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keputusan ROS.

"Datuk Seri Najib tiada kena-mengena dengan keputusan ROS yang dibuat secara bebas dan independen itu.

"Atuk (Mahathir), semua orang tahu Parti Bunga (BERSATU) walaupun sudah diberi peluang oleh ROS tetap tidak dapat menghantar dokumen lengkap yang diminta," kata Rizal lagi.


Semalam ROS membuat keputusan pembubaran BERSATU akan kekal jika parti itu gagal mematuhi permintaan ROSdalam masa 30 hari.

Menurut ROS, pembubaran itu ekoran BERSATU gagal serahkan sepenuhnya segala butiran, maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis di bawah Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan 1966.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-