Monday, April 30, 2018

Yakin peluang menang 80%

Helmy Abd Rahman
helmy_rahman@nstp.com.my

Abdul Hadi
Marang:  Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkeyakinan tinggi keputusan berpihak kepadanya dalam kes saman fitnah terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London, minggu depan.

Difahamkan, perbicaraan kes itu disambung semula hari ini dan keputusan dapat diketahui beberapa hari selepas itu.

“Kita sudah hantar dokumen penting melalui wakil peguam kita di sini, peluang kita 80 peratus akan berjaya, Insya-Allah.

“Kita sudah minta dia (Rewcastle-Brown) meminta maaf tetapi dia enggan, maka kita teruskan (saman),” katanya dalam sidang media selepas Majlis Ceramah Perdana dan Memperkenalkan Calon PAS Kawasan Marang di Pasar Binjai Rendah di sini, kelmarin.

Abdul Hadi memfailkan saman fitnah ke atas Pengasas dan Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Tinggi London, pada 21 April lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dipetik berkata, saman itu difailkan peguam Abdul Hadi, Carter-Ruck, bagi mendapatkan perintah injunksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections yang disiarkan pada 6 Ogos 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 April 2018 @ 8:26 AM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-