Wednesday, May 16, 2018

Anwar: Saya tak berdendam dengan Najib...


Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di sebalik mengulangi dakwaannya bahawa beliau dihumban ke penjara atas alasan politik.

"Saya tidak menyimpan sebarang perasaan benci peribadi, saya tidak mahu isu Anwar dipenjarakan dijadikan isu yang dibuat menentangnya.

"Tetapi isu ketidakadilan terhadap rakyat, jenayah yang dilakukan terhadap rakyat, gejala rasuah yang menjadi budaya di negara ini - dia harus jawab," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Segambut petang ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan Najib pula menjadi tahanan di penjara Sungai Buloh.

Anwar dihukum penjara lima tahun pada 2015 setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau mendakwa bahawa pertuduhan itu direkayasa untuk menamatkan kerjaya politiknya.

Ketua Umum PKR itu hari ini dibebaskan dari penjara setelah menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mempunyai kes terhadap Najib "dalam masa terdekat" mengenai skandal 1MDB dan bekas perdana menteri itu bakal didakwa.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-