Saturday, May 26, 2018

Belum teliti dokumen kapal selam - Mat Sabu

MyMetro
Mutakhir
Siti Sofia Md Nasir
siti.sofia@bh.com.my

MOHAMAD Sabu beramah mesra dengan warga TUDM. FOTO Danial Saad

KEMENTERIAN Pertahanan masih belum meneliti dokumen berkaitan urusan pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpene, yang dibeli kerajaan pada 2002.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, ketika ini beliau dalam proses mendengar taklimat dan penerangan berhubung tugas serta perjalanan Kementerian Pertahanan.

“Saya belum lagi semak kes itu. Hari ini hari kelima saya dilantik sebagai Menteri Pertahanan, saya perlu dengar taklimat daripada pegawai dahulu.

“Saya ambil pendekatan untuk suai kenal dahulu. Selepas ini baru pergi ke perkara yang selama ini diperkatakan dalam media,” katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth di sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Sementara itu, Mohamad mengakui Kementerian Pertahanan amat memerlukan beberapa peralatan ketenteraan baharu yang lebih canggih.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengusulkan cadangan pembelian beberapa peralatan ketenteraan baharu dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

“Kita memerlukan pembaharuan. Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet dan saya harap Perdana Menteri dapat dengar perkara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mei 2018 @ 9:03 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-