Friday, May 18, 2018

Isa Samad tak dipanggil

MyMetro
Mutakhir
Nurhayati Abllah; Farah Adilla; Tasnim Lokman dan Fahmy Azril Rosli
cnews@nstp.com.my
MAJLIS Penasihat Kerajaan memutuskan untuk tidak memanggil Isa untuk memberi penjelasan berhubung isu yang menyelubungi agensi terbait. -Foto fail
MAJLIS Penasihat Kerajaan memutuskan tidak akan memanggil bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad bagi memberi penjelasan berhubung isu yang menyelubungi agensi terbait.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin berkata, langkah memanggil bekas Pengerusi FELDA itu tidak perlu kerana majlis sudah pun memanggil individu lain bagi membantu siasatan.

“Tidak semestinya. Ini kerana kami sudah pun panggil pegawai dan Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

“Justeru, kami sudah memperoleh gambar sebenar keadaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat majlis berkenaan di Menara Ilham, hari ini.

Pagi tadi, Majlis Penasihat Kerajaan memanggil Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Mazlan Alian yang memberitahu, majlis bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat FELDA.

Majlis Penasihat Kerajaan juga memanggil bekas Pengurus Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada dan Presiden merangkap Pengerusi FELDA Investment Incorporation Sdn Bhd (FIC), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.

Sementara itu, Daim berkata, enam hari Majlis Penasihat Kerajaan ditubuhkan, sebanyak 40 mesyuarat diadakan dan 50 individu ditemui merangkumi pelbagai latar belakang antaranya pegawai kanan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), organisasi bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat.

“Kami bercakap dan berbincang beberapa topik mencakupi isu tol, FELDA, FELCRA, East Coast Railway Link (ECRL) dan High Speed Rail (HSR),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 18 Mei 2018 @ 8:55 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-