Wednesday, May 23, 2018

Kerajaan HARAPAN tidak naikkan harga minyak

oleh RoketKini
Pada 23 Mei 2018

Kerajaan Pakatan Harapan akan mengekekalkan harga minyak walaupun harga pasaran minyak dunia meningkat lebih US$70 setong.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengekalkan harga minyak di sebalik kenaikan dunia tersebut.

“Harga pam tetap sama, kita tidak akan menaikkan harga,” katanya pada sidang akhbar Perdana Putra di Putrajaya hari ini.

Sejak pemansuhan subsidi, harga minyak di bawah kerajaan BN terdahulu adalah berdasarkan sistem apungan mingguan menyebabkan kedudukan harga yang berubah-rubah.

Walaubagaimanapun, harga minya tidak berubah menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sejak 22 Mac.

Dalam masa yang sama Dr Mahathir berkata pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh dilaksanakan pada bila-bila masa.

“Ini terpulang kepada Kementerian Kewangan, buat masa ini adalah 1 Jun,” kata beliau.

Pada 16 Mei lalu, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan media berkata, berkuatkuasa 1 Jun 2018, cukai GST yang dikenakan pada kadar 6% akan dikurangkan pada kadar 0%.

“Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

“Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GST,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

Kementerian juga mengingatkan bahawa peniaga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.

Pemansuhan GST perlu dibawa ke Dewan Rakyat untuk mendapat kelulusan. 

Roketkini.com

Kredit foto: Malay Mail

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-