Friday, May 18, 2018

Kes SRC International dibuka semula, SPRM panggil Najib Razak

Abdul Hakim Rahman,
Astro Awani | Mei 18, 2018 19:22 MYT

Terdahulu, dilihat pemimpin tertinggi Umno serta beberapa ahli parti itu hadir melawat Najib. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung syarikat SRC International.

Beliau diminta tampil pada Selasa bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dibuka semula.

"Ia bagi membantu siasatan terhadap kes aliran tunai dari SRC International yang dibuka semula," kata sumber kepada Astro AWANI.

Berikutan itu, notis memerintahkan Najib hadir telah diserahkan kepadanya petang tadi.

Sebelum ini, bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Malah, kertas siasatan yang berkaitan dikembalikan kepada SPRM selain mengarahkan ketiga-tiga kertas siasatan ditutup.

BACA: SPRM masuk kediaman Najib

Sementara itu, beberapa pegawai SPRM dilihat mengunjungi kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta pada jam 3.50 petang tadi.

Lapan pegawai itu menaiki dua kereta Proton Preve berwarna perak dengan membawa beberapa beg bimbit.

Semua pegawai berkenaan meninggalkan kediaman itu pada jam 5.40 petang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-