Monday, May 14, 2018

Ketua pengarah ROS masih bertugas seperti biasa


Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), Surayati Ibrahim berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan untuk bertemu perdana menteri, seperti tular di media sosial.

“Saya masih belum diarah untuk apa-apa tindakan dan setakat ini saya masih menjalankan tugas seperti biasa,” beliau dipetik sebagai kepada akhbar Umno Utusan Malaysia.

ROS sebelum ini membubarkan sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diasaskan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan baru Pakatan Harapan sedang “membersihkan” agensi-agensi kerajaan setelah mengambil alih tampuk pemerintahan negara Rabu lepas.

Setakat ini, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali telah diarah bercuti dan Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad telah meletakkan jawatan.

Desakan berundur juga telah dibuat pada pesuruhjaya-pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-