Friday, May 11, 2018

PM: Agong sedia ampun Anwar

Diterbitkan 11 Mei 2018, 12:07 tengah hari


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bersedia memberikan pengampunan diraja pada bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan, kata perdana menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkara itu dimaklumkan padanya dalam pertemuan dengan Seri Paduka semasa istiadat mengangkat sumpah jawat6an perdana menteri di Istana Negara, Kuala Lumpur malam tadi.

Justeru, kata Mahathir, prosedur selanjut akan disusuli selepas ini.

“Jadi kami akan melalui proses sewajarnyabagi memperoleh pengampunan buat Anwar,” katanya.

Pengampunan itu akan membolehkan Anwar kembali menyertai politik.

“Ia akan jadi pengampunan sepenuhnya, yang sudah bermaksud ia bukan sahaya diampunkan tetapi juga dibebaskan serta-merta selepas diampunkan.

“Selepas itu beliau bebas mengambil bahagian penuh dalam politik,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Anwar mula menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau konsisten menafikan perkara itu dan mendakwa ia bermotif politik.

Mengikut jadual, Anwar yang kini di penjara Sungai Buloh, boleh dibebaskan pada 8 Jun ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-