Monday, May 7, 2018

Rais Yatim Di Pentas Pembangkang

Joomla Social

Foto: Youtube

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim, malam tadi, muncul di majlis ceramah pakatan pembangkang di kawasan majoriti Cina di Titi, Negeri Sembilan.

Berdasarkan rakaman video berdurasi empat minit 23 saat yang disiarkan sebuah portal berita, Rais mendapat tepukan daripada orang ramai sebaik naik ke pentas tetapi beliau tidak menyampaikan ucapan.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook, yang berada di pentas kemudian memberitahu hadirin bahawa Rais tidak bersedia untuk menyampaikan ucapan tetapi menyifatkan kehadiran beliau cukup memberikan sokongan kepada pakatan.

"Hari ini Tan Sri Rais keluar secara fizikal memberikan sokongan penuh kepada Pakatan Harapan untuk membawa perubahan kepada Malaysia," katanya sambil meminta hadirin menyalakan telefon bimbit simbolik memberi cahaya kepada Malaysia.

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata keahlian Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin dalam UMNO digugurkan kerana sokongan mereka terhadap pembangkang dan mengeluarkan kenyataan menghentam parti.

Bagaimanapun, katanya, menjelaskan status Rais masih disiasat susulan tindakan beliau memuat naik pelbagai kenyataan menerusi media sosial.

- BH Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-