Sunday, May 6, 2018

Umno tidak boleh ditegur

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
6 MEI 2018

Rais Yatim
TAN Sri Dr Rais Yatim menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang tidak boleh ditegur.

Ini susulan tindakan parti itu mahu menyiasat tindakan beliau mengkritik parti, selain telah menggugurkan keahlian Tan Sri Rafidah Aziz dan Tun Daim Zainuddin.

Menurut Rais, beliau sememangnya terkejut dan langsung tidak menjangkakan keputusan Umno tersebut hanya kerana membuat teguran kepada parti.

“Saya tidak menjangkakan apa-apa sebab dalam perlembagaan Umno, memang dizahirkan untuk mewujudkan parti menggembelengkan maruah. Jadi saya menegur sistem, bukan tegur individu.

“Saya tegur SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), Jho Low supaya parti lebih kuat. Rupa-rupanya tidak diterima baik dan saya terus dicantas,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Rais berkata, beliau selama ini memang dikenali sebagai seorang yang 'selalu bertindak atas perkara yang penting kepada perjuangan'.

"Saya fikir masyarakat di Malaysia memang faham saya semenjak Semangat 46 lagi. Jadi sekarang dah keadaan begitu, saya fikirkanlah sikit apa nak buat dan apa tindakan terbaik.

"Tindakan ini (pemecatan) juga memberi konfirmasi kepada apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad sebut sejak kebelakangan ini tentang masalah-masalah negara yang tidak mahu dibahas atau dicari penyelesaiannya,” katanya.

Rais turut menjangkakan imej Umno yang tidak boleh ditegur akan membawa padah buruk kepada Umno dan BN sekiranya tidak diubah segera.

“Saya berpendapat, Umno akan hilang tenaga fikirnya dan jadi parti pak cokok. Ertinya ditindik hidung dan ditarik.

“Sekali setahun berpantun berseloka, bertepuk bergembira tetapi resolusi tiada dan parti terus diterajui oleh sekumpulan yang tidak mahu ditegur,” katanya.

Mengenai kesan pemecatan dua pemimpin tersebut kepada kempen BN dan Umno, Rais berkata: “Saya fikir limpahan isu ini akan sampai tetapi setakat mana ia mempengaruhi keputusan, itu sama-sama kita lihat dulu.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-