Tuesday, June 26, 2018

Azmin ambil tindakan terhadap Toyol of Selangor

Irwan Shafrizan Ismail
irwansha@nstp.com.my
MOHAMED Azmin. FOTO Arkib NSTP

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik blog ‘Toyol of Selangor’ dan mana-mana paparan yang mengulangi fitnah di blog itu sama ada di media sosial dan portal.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Hassanal Bolqiah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu susulan fitnah yang mendakwa kononnya Mohamed Azmin menyimpan RM300 juta di luar negara.

Beliau berkata, Azmin sudah meminta pasukan guaman memfailkan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik blog berkenaan untuk tindakan susulan.

“Tindakan undang-undang ini bertujuan menghentikan penyebaran fitnah yang secara sengaja berniat jahat untuk menggugat kewibawaan dan integriti Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

“Azmin sangat kecewa dengan sikap media yang melaporkan fitnah jahat itu daripada sumber yang sama sekali tidak berwibawa justeru terperangkap dalam gejala ‘gutter politics’ (politik longkang),” katanya.

Baru-baru ini, satu artikel menerusi pautan https://toyolofselangor.wordpress.com yang berjudul 'Toyol of Selangor' disiarkan pada 18 Jun dan tersebar melalui WhatsApp.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-