Tuesday, June 26, 2018

Blog dakwa Azmin simpan berjuta ringgit di luar negara digantung

Predeep Nambiar | June 26, 2018

Setiausaha politik menteri itu berkata, catatan blog itu ialah cubaan untuk merosakkan reputasi Azmin Ali menjelang pemilihan PKR pada Ogos ini.
Azmin Ali dan isterinya didakwa menyimpan ratusan juta ringgit dalam akaun bank luar negara.

GEORGE TOWN: Pengendali blog WordPress menggantung sebuah blog yang menyiarkan dakwaan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali menyimpan berjuta-juta ringgit dalam akaun bank luar negara.

Hasil semakan di blog “Toyol of Selangor” mendapati satu mesej tertera “dijadikan arkib atau digantung” atas pelanggaran syarat perkhidmatan. Tiada butiran diberikan mengenai sebab penggantungan itu.

Blog itu menyenaraikan nombor akaun yang didakwa milik Azmin di bank luar negara. Bagaimanapun, Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya cubaan untuk merosakkan reputasinya.

Tangkap layar blog ‘Toyol of Selangor’ pagi ini.

Setiausaha politik Azmin, Muhammad Hilman Idham berkata, dakwaan itu ialah kempen memburuk-burukkan timbalan presiden PKR itu menjelang pemilihan parti pada Ogos ini.

Hillman yang juga adun Gombak Setia menggesa orang ramai ramai tidak mempercayai dakwaan itu kerana catatan blog itu adalah “palsu”.

“Ini bukan kali pertama dakwaan palsu dibuat terhadap Azmin. Kami menggesa orang ramai tidak terperdaya dengan dakwaan tanpa kredibiliti seperti itu.

“Kami tidak mahu melayan politik kotor pihak tertentu. Pada masa sama, dakwaan dalam blog itu boleh dipertikaikan,” katanya kepada FMT.

Dalam catatan blog 18 Jun itu, blogger tidak bernama itu mendakwa Azmin dan isterinya, Datin Seri Shamsidar Taharin menyimpan ratusan juta ringgit dalam beberapa akaun bank luar negara.

Azmin bagaimanapun berkata, tiada apa yang hendak disembunyikannya kerana beliau mengisytiharkan hartanya sejak 2008 dan menggesa mereka yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan itu membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-