Monday, June 25, 2018

Dari Umno ke DAP, kemenangan tebus kekalahan bapa

Geraldine Tong | Diterbitkan 25 Jun 2018


Apabila Timbalan Pengerusi DAP Melaka Norhizam Hassan Baktee memenangi kerusi DUN Pengkalan Batu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau mencipta kejayaan yang gagal dilakukan bapanya pada sekitar tahun 1980-an.

Bapanya, Hassan Baktee Mohd merupakan ahli DAP yang bertanding dua kali di kerusi yang sama - sebelum ini dikenali sebagai Peringgit - semasa sentimen Melayu terhadap parti itu sangat tinggi.

"Saya sangat bangga apabila saya memenangi Pengkalan Batu di bawah bendera DAP.

"Saya berasa sangat tersentuh oleh penerimaan masyarakat setempat, kerana komposisi kerusi itu adalah majoriti Melayu.

"Sebelum ini kerusi itu dijangka menjadi pertandingan yang sukar," kata Norhizam kepada Malaysiakini dalam temu bual di pejabat barunya di Seri Negeri, pusat pentadbiran kerajaan Melaka.

Selepas kemenangannya, Norhizam dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri.

Walaupun Norhizam dibesarkan oleh bapanya di bawah pengaruh DAP, jalannya dalam politik tidak begitu jelas.

Beliau yang kini berumur 52 tahun pernah menjadi ahli Umno di cawangan Pantai Peringgit, malah menjadi ketua timbalan ketua pemuda pada satu ketika.

Bagaimanapun, Norhizam meninggalkan Umno pada tahun 2006 bagi mengikut jejak langkah ayahnya dan menyertai DAP.

"Saya menyertai Umno kerana saya seorang ahli perniagaan, jadi mereka (Umno) mengambil kesempatan dan memberi saya kedudukan.

"Selepas itu, mereka minta saya melakukan pelbagai kerja 'amal'. Jadi apabila ada acara, saya diharap dapat menyumbang kepada Umno," katanya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-