Thursday, June 21, 2018

Najib enggan jadi pelarian

Reuters
REAKSI Najib ketika temu bual bersama Reuters di Langkawi, hari ini. FOTO Reuters

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertekad untuk tinggal di Malaysia dan berjuang menentang tuduhan terhadapnya walaupun menghadapi kemungkinan akan dipenjarakan.

“Tidak, saya tidak pernah bercadang untuk pergi. Kerana jika saya pergi (meninggalkan Malayia), ada anggapan saya bersalah.

“Saya tidak boleh menjadi buruan untuk sepanjang hayat saya. Saya mahu membersihkan nama saya,” katanya kepada Reuters dalam temu bual di Langkawi, hari ini.

Dalam temubual itu, Najib buat pertama kali mengulas berkenaan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib berkata, beliau merasakan bahawa hubungan Low di Timur Tengah terutama dengan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) boleh menarik lebih banyak pelaburan ke Malaysia.

Katanya, namun beliau tidak pernah mengarahkan Low untuk terbabit dalam urusan 1MDB dan tidak mempunyai kawalan ke atas apa yang dilakukannya.

“Saya tidak memberikan arahan kepadanya, tetapi dia secara sukarela melakukan perkara tertentu yang menurutnya akan membantu 1MDB.

“Tetapi apa yang dilakukannya adalah tanggungjawab pengurusan dan lembaga pengarah,” katanya.

Beliau turut menyifatkan hubungan anak tirinya, Riza Aziz dengan Jho Low adalah sebagai rakan, tetapi tidak menyedari sebarang urusan yang membabitkan dana 1MDB dalam syarikat penerbitan filem milik Riza.

Ketika ditanya sama ada beliau masih berhubung dengan Jho Low, Najib berkata: “Kami sudah tidak berhubung lagi. Saya juga tidak tahu di mana dia. Peguamnya tidak memberi sebarang respon terhadap permintaan maklum balas,” katanya.

Najib secara konsisten menafikan sebarang salah laku dalam 1MDB, beliau berkata, wang USD681 juta dipindahkan ke akaun bank peribadinya adalah derma daripada Arab Saudi dan bukan kerana tindakan undang-undang Amerika Syarikat.

“Apa yang saya tahu, saya menerima daripada Arab Saudi ketika pemerintahan Raja Abdullah berdasarkan arahannya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Jun 2018 @ 11:42 PM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-