Thursday, June 28, 2018

Shabery perlukan sebulan pulihkan Umno

NINA FARZUIN MD SHAROM
27 JUN 2018

Ahmad Shabery berkata demikian ketika program FB Live Sinar Harian, hari ini. - Foto: Rosli Talib

SHAH ALAM - Umno memerlukan sekurang-kurangnya sebulan untuk memiliki garis panduan pentakrifan baharu.

Calon Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, proses itu perlu dilakukan secepat mungkin selepas proses pemilihan dalam parti itu.

“Bulan pertama selepas pemilihan Umno adalah di mana tempoh 100 hari janji Pakatan Harapan (Harapan) akan berakhir.

“Disebabkan itu kita perlu menunjukkan langkah progresif kerana lima tahun itu adalah tempoh singkat,” katanya pada FB Live Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya, tawarannya bertanding jawatan ahli Majlis Tertinggi adalah untuk membantu kepimpinan parti Melayu itu.

“Saya bertanding bukan untuk memimpin tapi untuk membantu sesiapa yang dipilih menjadi pemimpin dalam parti ini.

“Saya tidak boleh lari daripada perjuangan ini kerana saya percaya pada perjuangan parti dan saya yakin bahawa negara masih perlukan Umno lagi,” katanya.

Katanya, kemurungan di kalangan ahli Umno selepas kekalahan pada PRU14 lalu perlu ditangani bagi kesinambungan parti itu.

“Kemurungan ini perlu kita bangkitkan, kekalahan pada pilihan raya lalu bukan bererti langit sudah runtuh. Tidak ada perkara yang kekal termasuk parti yang ada sekarang.

“Tapi pada masa sama, kita perlu bawa imej dan pentakrifan baharu. Jadi elakkanlah memilih orang kerana ringgit sebaliknya pilih kerana perjuangan dan ideologinya untuk negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-