Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Monday, June 25, 2018

Siapa bodoh, rakyat atau mantan PM?

SUBKY LATIF 25 JUNE 2018


EKORAN mantan PM Najib dikatakan tidak tahu atau tidak sedar berbilion duit dimasukkan ke akaun banknya.

Reaksi Perdana Menteri Mahathir, jangan fikir rakyat bodoh!

Yang kalimah bodoh itu digunakan kerana tanda tangan diturunkan.

Dalam banyak urusan berkaitan 1MDB, PM Najib dikatakan ada tanda tangannya. Tidak tahukah dia harga tanda tangan itu.

Jika dia tidak tahu, bukan rakyat yang bodoh, dialah yang bodoh. Adakah dia bodoh? Jika dia bodoh bererti kita beroleh Perdana Menteri bodoh. Masakan Perdana Menteri seorang yang bodoh dan boleh seorang bodoh boleh jadi Perdana Menteri?

Kalau dia bodoh orang tidak angkat dia jadi Perdana Menteri sampai sembilan tahun dan kalau dia bodoh masakan lebih 50 kawasan Parlimen masih memenangkan calon Umno dalam PRU14 dulu. Partinya kalah bukan kerana pengundi Melayu tidak mengundi partinya tetapi majoriti besar pengundi bukan Melayu tidak mengundi calon Umno /BN dan PAS.

Yang mahukan dia dan menyiapkan dia ialah Dr. Mahathir yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Dr. Mahathir sudah ada seorang Timbalan Perdana Menteri yang pintar, malah lebih pintar daripadanya iaitu DS Anwar Ibrahim. Dia buang Anwar selain dari sebab kes yang dikenakan terhadapnya, adalah juga bagi memberi peluang kepada orang lain jadi Perdana Menteri.

Sudah ada Perdana Menteri menggantikannya, tetapi politiknya menyebabkan PM itu berhenti bagi digantikan oleh Najib yang disediakannya sejak awal.

Adakah Mahathir membuang timbalannya yang super pintar bagi membuka laluan kepada seorang yang bodoh menjadi Perdana Menteri? Mahathir telah mengenalinya lama. Sejak jadi Menteri Besar Pahang. Antara politik pintar Najib s ebagai MB Pahang dan Ketua Perhubungan Umno Pahang ialah menggelapkan kepintaran politik Tun Ghazali Shafie, seorang yangdikira tidak ngam dengan Mahathir.

Jika Najib bodoh, maka bodoh Mahathirlah yang menyediakannya jadi Perdana Menteri. Adakah Mahathir bodoh menyiapkan orang bodoh jadi Perdana Menteri. Jika Najib bodoh, Mahathir bodoh sama kerana mahukan orang bodoh jadi Perdana Menteri.

Jika Najib tahu erti dan nilai tanda tangan dan tanda tangan diturunkan kebarangkalian dia dalam tidak berapa sedar. Kadang-kadang atas sebab pengaruh tertentu jadi tidak berapa sedar. Tiada tidak ingat apa yang dibuatnya. Tetapi kalau dalam keadaan sedar, dia turun tanda tangan, betullah dia bodoh.

Orang tidak bodoh boleh bodohkan orang lain. Orang bodoh tak boleh bodohkan orang lain. Jika orang lain boleh dibodohkan oleh orang bodoh, maka ini ertinya semuanya memang bodoh dan dibodohkan.

Mugabe pernah membodohkan rakyatnya. Ghadafi pun pernah membodohkan rakyatnya. Biasalah pemimpin itu membodohkan rakyatnya. Tetapi orang lain tidak boleh dibodohkan sepanjang masa dan atas semua perkara.

Di hujung kuasa rejim lama bodoh membodoh itu berlaku. Semuanya ada bodohnya belaka. Najib ada bodohnya. Mahathir pernah ada bodohnya. Rakyat di kedua zaman ada bodohnya. Paling malang bagi masyarakat ialah pemimpin dan rakya saling bodoh membodoh. Bodoh pemimpin ialah membodohkan rakyat dan bodoh rakyat suka mereka dibodohkan dan tidak sedar mereka dibodohkan.

Semuanya tidak boleh dibodohkan dalam semua masa. Bila semuanya sedar tidak semuanya boleh dibodohkan lagi. Membodohkan orang lain adalah membodohkan diri sendiri. Yang bodoh dan yang boleh dibodohkan ialah yang tidak merdeka jiwa raga. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian kecuali yang beriman yang berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan kepada kesabaran. 

HARAKAHDAILY 25/6/2018