Tuesday, June 26, 2018

[UPDATE] Esok baru tahu jumlah sebenar

Mohd Azam Shah Yaacob
cnews@nstp.com.my

LAPORAN portal berita Harian Metro mengenai sidang media Amar Singh pada 25 Mei lalu berhubung jumlah RM114 juta wang tunai dikira daripada 35 beg dirampas dari Pavilion Residences Apartment.

TANDA tanya mengenai nilai sebenar barang kemas dan jam tangan mewah dalam baki beg dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences Apartment, Kuala Lumpur, bakal diketahui esok.

Melalui jemputan dikeluarkan Bukit Aman, sidang media akan dibuat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh di tingkat 36, Menara KPJ pada 11 pagi.

Difahamkan, proses pengiraan barang kemas itu memakan masa lama kerana ia memerlukan bantuan pakar barang kemas dan jam tangan mewah bagi mengetahui nilai sebenar barang berkenaan.

Pada 25 Mei lalu, polis mendedahkan nilai rampasan 35 daripada 72 beg yang berisi wang tunai termasuk 26 mata wang asing mencecah RM114 juta.

Polis turut merampas 284 kotak beg berjenama mewah dalam serbuan tersebut.

Rampasan itu dibuat pada 18 dan 20 Mei, berkaitan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-