Sunday, June 24, 2018

Wan Azizah alu-alukan MP keluar Umno untuk sokong HARAPAN


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut baik keputusan anggotai parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali untuk keluar Umno bagi memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Itu pilihan dia," kata Presiden HARAPAN itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran kerajaan Selangor hari ini.

"Kami mengalu-alukan mana-mana ADUN dan anggota parlimen untuk datang dan menyertai kami dan membuat perubahan untuk negara ini," katanya.

Ditanya sama ada parti komponen HARAPAN harus menerima Noor Azmi sebagai anggota dalam gabungan itu, beliau berkata ia terpulang kepada HARAPAN Perak untuk membuat keputusan.

Terdahulu, Noor Azmi hari ini mengumumkan beliau meninggalkan Umno dan berikrar menyokong Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan HARAPAN yang baru.

Bulan lalu Mahathir, yang juga pengerusi HARAPAN berkata beliau mahu gabungan itu berhenti menerima pemimpin BN yang berpaling tadah.

Ini kerana katanya langkah itu tidak memberikan gambaran baik di kalangan rakyat terhadap HARAPAN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-