Tuesday, July 17, 2018

Akaun Najib, anak tidak lagi dibekukan

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
17 JULAI 2018

Najib Razak.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan akaun bank milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi dibekukan.

Difahamkan tindakan itu dibuat semalam selepas mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan siasatan terhadap anak syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan akaun milik bekas Presiden Umno itu tidak lagi dibekukan.

"Ya benar.. akaun milik Najib sudah tidak lagi dibekukan ," katanya kepada Sinar Harian.

Ditanya sama ada penarikan pembekuan itu turut membabitkan akaun lain, Azam berkata, ia turut membabitkan akaun bank di atas nama Nooryana dan Norashman yang juga anak kepada bekas Perdana Menteri itu.

"Akaun atas nama Nooryana dan Norashman juga sudah tidak dibekukan," katanya.

Sementara itu, sumber SPRM turut mengesahkan menarik balik pembekuan beberapa akaun milik individu lain namun maklumat mengenainya tiada.

"Selain akaun Najib serta anaknya, ada beberapa lagi akaun bank yang sebelum ini disiasat SPRM, tidak lagi dibekukan," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Akaun beku, Najib makin hilang sabar!]

[ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun, bukan balas dendam: Tun M]

Pada 2 Julai lalu, SPRM mengeluarkan satu kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 408 akaun bank membabitkan dana RM1.1 bilion dibekukan SPRM.

Hari ini, sebuah portal melaporkan sumber rapat kepada Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa akaun tersebut tiada kena mengena dengan politik dan tiada kaitan dengan sisasatan dijalankan pihak berkuasa terhadap Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-