Friday, July 6, 2018

‘Janji wajib tunai, jangan bagi alasan belum cukup 100 hari’

ainulillia
06/07/2018

Kerajaan PH terperangkap tiada bukti bila tuduh Najib curi duit rakyat

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 22 Syawal 1439H, Jumaat – Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat membayangkan janji-janji manifesto 100 hari Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sukar untuk bernafas.

Beliau berkata, PH sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya berjanji bak bintang di langit, tetapi setelah menang baru hendak mengkaji cara pelaksanaannya.

“Bila dah menang, janji sukar ditepati,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Ustaz Masridzi berkata, beberapa isu seperti penangguhan bayaran hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kos sara hidup tinggi, penghapusan tol masih gagal ditunaikan, sekaligus membuktikan kerajaan tidak berjaya melaksanakan manifesto mereka.

“Cuma alasan mereka jangan komen dulu kerana belum cukup edah 100 hari,” katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah meminta rakyat bersabar dan memberi masa kepada kerajaan PH untuk mengotakan janji.

Presiden PPBM itu berkata, PH mengambil alih kerajaan dalam keadaan negara tidak sihat sehingga menyukarkan pelaksanaan manifesto mereka dalam tempoh 100 hari.

PH juga berjanji untuk membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke muka pengadilan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengulas lanjut Ustaz Masridzi berkata, kes Najib secara jelasnya bukan kes 1MDB.

Katanya, PH sudah terperangkap apabila membuat tuduhan Najib mencuri duit rakyat melalui 1MDB.

“Tapi tiada bukti, akhirnya mereka terpaksa mendakwa kes lain di bawah kuasa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bukannya kes 1MDB seperti yang disebarkan sebelum ini.

“Itu pun pendakwaraya minta tangguh. Dokumen tak siap tapi orangnya dah ditangkap dan dibawa ke mahkamah. PH macam dah terdesak kerana kena buktikan juga kepada rakyat. Kerana mereka tuduh dulu bukti tiada.

“Sama juga janji dulu pelaksanaannya lemah dan tiada,” katanya.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya akan merujuk kepada timbalan pendakwa raya apabila kertas siasatan terhadap Najib lengkap untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, buat masa ini proses siasatan dalaman terhadap Najib masih diteruskan.

Beliau menjelaskan, per­tuduhan terhadap Ahli Parlimen Pekan di Mahkamah Kuala Lumpur hanyalah melibatkan kes SPRM.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-