Tuesday, July 24, 2018

Kajian semula DEB lihat keperluan, bukan bangsa

NURULFATIHA MUAH
24 JULAI 2018

Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR - Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang akan dikaji semula oleh kerajaan akan melihat kepada keperluan dan bukan lagi bangsa.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu memerlukan kajian keseluruhan DEB yang telah dilaksanakan oleh Umno dan BN selama ini.

Katanya, ia bagi memastikan polisi yang dibuat mengikut permintaan dan aspirasi rakyat Malaysia.

"Perkara berkaitan polisi ekonomi ini telah dilakukan di Selangor dan dengan pengalaman saya yang terhad di Selangor, kita seharusnya ke peringkat nasional yang akan menyaksikan sejauh mana polisi ekonomi kita akan memanfaatkan semua rakyat Malaysia.

"Jadi Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah ditugaskan untuk melihat perkara ini," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kajian yang dicadangkan itu dijangka akan dibentangkan pada November ini.

[ARTIKEl BERKAITAN: Kerajaan teliti semula DEB, NEM]

Semalam, kerajaan menerusi jawapan bertulis Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, akan meneliti semula dasar-dasar utama negara termasuk DEB dan Model Ekonomi Baru (NEM) bagi melihat sama ada dasar itu masih relevan.

Ia juga selaras dengan aspirasi Malaysia baharu dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara mampan serta dapat menjamin pengagihan yang adil.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-