Monday, July 23, 2018

'Kepulangan Dr M mungkin akan selamatkan Singapura'


Sebaik kembali ke Putrajaya, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuang masa dalam mengingatkan Singapura sebab negara itu berasa lega ketika beliau berundur pada 2003, kata artikel dalam Nikkei Asian Review.

"Hanya 74 hari selepas kembali menjadi perdana menteri, Dr Mahathir mencabar projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

"Beliau mengugut untuk mengenakan bayaran yang lebih untuk penjualan air. Beliau menuntut rundingan semula Trans-Pacific Partnership, perjanjian dagangan serantau yang melibatkan Singapura," tulis William Pesek, wartawan yang berpusat di Tokyo.

Bagaimanapun, Pesek berkata kepulangan Dr Mahathir mungkin diperlukan bagi memberi tekanan kepada kerajaan Singapura yang kini di bawah teraju Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Pesek turut berkata data Bank Dunia menunjukkan Malaysia berada di landasan yang betul untuk kembali mendahului Singapura dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK)

"Diakui, perbandingan seperti itu cetek..

"Tapi dua peringatan menjadikan persaingan Malaysia dan Singapura tambah dramatik. Pada 2015, Singapura dengan populasi 5.6 juta, bergembira kerana mengatasi Malaysia yang mempunyai populasi 32 juta.

"Ia menjadi kebanggaan negara itu sehingga Lee Kuan Yew yang dianggap bapa pemodenan Singapura itu meniggal dunia. Selepas itu Malaysia dan Singapura tidak berkembang jauh dari segi pembangunan," katanya.

Menurut angka Bank Dunia, Pesek berkata, pengeluaran Malaysia mencecah $314.5 bilion (RM937.21 bilion).

Pada 2017, Malaysia hanya $9.4 bilion (RM28.012 bilion) di bawah Singapura yang mencatat $323.9 bilion (RM965.22 bilion) dan jurang itu dijangka semakin mengecil dengan Malaysia mencatat 5.5 peratus perkembangan melebihi Singapura yang berada pada kadar 3.1 peratus.

"Malaysia (sebelum ini), semestinya, bukanlah teladan ekonomi yang baik. Apabila rakyat Malaysia mengundi untuk menggantikan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN ia menandakan perkembangan yang besar.

"Sangat menggembirakan apabila Dr Mahathir dan Pakatan Harapan pantas mengheret Najib ke muka keadilan. Dan sudah tentu lebih menggembirakan apabila Dr Mahathir mengambil tindakan yang telus.

"Data ekonomi kerajaan Najib yang meragukan membuatkan pakar statistik Beijing rasa malu. Pentadbiran Dr Mahthir memberi penjelasan terhadap situasi sebenar kewangan Malaysia meskipun ia akan memberi kesan kepada pasaran," katanya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-