Monday, July 16, 2018

Lantikan speaker: Manifesto bukan Bible, hanya panduan, kata Dr M

Mohamad Fadli | July 16, 2018
Perdana menteri berkata, kerajaan PH perlu praktikal kerana orang ramai suka seseorang yang tiada kaitan dengan parti
Dr Mahathir Mohamad berkata, manifesto sekadar panduan dan bukan semuanya boleh dilaksanakan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempertahankan pelantikan Speaker Dewan Rakyat baru, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof walaupun bertentangan manifesto Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14.

“Saya ingatkan manifesto bukan kitab Bible, ia hanyalah panduan.

“Kadang-kadang kita boleh melakukan sesuatu, kadangkala kita dapati ia tidak boleh dilakukan. Jadi, kita perlu praktikal, tetapi orang ramai suka seseorang yang tiada kaitan dengan parti,” kata pengerusi PH itu di lobi Parlimen.

Walaupun manifesto PH jelas menyatakan speaker perlu dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat, tetapi janji ke-16 dalam manifesto itu ialah mengembalikan kewibawaan institusi Parlimen di bawah teras melakukan reformasi institusi pentadbiran dan politik.

Dalam janji itu, speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan dilantik daripada kalangan ahli dewan yang mempunyai integriti serta kredibiliti, selain perlu berhenti daripada politik kepartian sebaik sahaja menerima jawatan itu.

Sementara itu, Dr Mahathir menyifatkan tindakan semua ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat sebagai sandiwara.

Katanya, buat pertama kali bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak turut keluar dewan.

“Jadi, kita tahu apa yang berlaku bila mereka keluar dewan.”

Keadaan dalam Dewan Rakyat bertukar kecoh selepas pembangkang membantah cadangan pelantikan speaker Dewan Rakyat yang didakwa tidak mengikut usul peraturan dewan.

Semua ahli Parlimen pembangkang daripada Barisan Nasional dan PAS kemudiannya keluar dewan, kecuali ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-