Wednesday, July 11, 2018

Najib dinasihat tak mudah sangat tuduh kerajaan zalim


Seorang pemimpin Pakatan Harapan menawarkan bantuan kepada anak perempuan Datuk Seri Najib Razak ketika akaun bekas perdana menteri itu dibekukan pihak berkuasa.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Hanipa Maidin berkata sepatutnya tidak ada masalah bagi Najib mengarahkan peguamnya menulis surat kepada pihak berkuasa bagi memberi sedikit keringanan ke atas pembekuan akauan tersebut.

Katanya peguam Najib boleh memohon kepada kerajaan supaya sebahagian daripada wang yang dibekukan itu dikeluarkan untuk tujuan membiayai kos rawatan yang diperlukan.

Mengakui belum mendapat kepastian sama ada langkah tersebut sudah digerakkan Hanipa berkata, ada usaha lain boleh dicuba.

"Kena push (desak), dan boleh juga tuis surat kepada saya atau menteri di JPM yang mengelolakan hal-ehwal undang-undang.

"Insya-Allah saya akan bincang dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mengenai hal itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hanipa berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kesukaran dialami Puteri Norlisa Najib yang mengalami barah tahap empat.

Dakwa HARAPAN zalim

Memetik adik Puteri Norlisa, Datuk Mohd Nazifuddin, Utusan Online melaporkan mereka tertekan apabila semua akaun yang disyaki ada kaitan dengan siasatan pihak berkuasa ke atas skandal 1MDB dibekukan.

Kata Mohd Nazifuddin langkah SPRM membekukan akaun itu menyukarkan mereka melunaskan bayaran bil hospital selepas Puteri Norlisa menjalani rawatan kemoterapi untuk barah darah dialaminya.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kemoterapi akibat kanser.

“Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.
“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” katanya.

Mengulas situasi dialami itu Najib pula menambah langkah kerajaan membekukan akaun beliau dan anak-adalah zalim.

Najib berkata beliau hanya sedar akaun peribadinya dibekukan selepas ceknya untuk membayar bil perubatan anaknya ditendang bank.

“Tindakan tidak wajar agensi (kerajaan) dan masa akaun saya dibetulkan itu adalah tidak wajar.

“Saya kecewa dengan tindakan itu, masanya dan ia amalan zalim oleh kerajaan hari ini,” katanya.

Hanipa yang juga anggota parlimen Sepang memberitahu pihak Najib wajar mengambil langkah yang dibenarkan undang-undang sebelum membuat kenyataan menyalahkan kerajaan.

"ika belum buat (menulis surat kepada kerajaan), janganlah terus tuduh HARAPAN zalim," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-