Sunday, July 22, 2018

Najib gesa kerajaan teruskan projek manfaatkan rakyat

22 Julai 2018 12:04 AM

Najib beramah mesra dengan ahli keluarga tragedi MH17 di kediamanya di Langgak Duta selepas solat hajat dan bacaan yasin sempena sambutan hari lahirnya.

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar meneruskan projek di bawah kerajaan terdahulu yang dianggap baik dan memberi manfaat kepada rakyat.

Jelasnya, kerajaan hari ini sepatutnya boleh menambah baik projek sebelum ini dan bukannya terus membatalkannya tanpa alasan yang kukuh.

“Jadikan ia lebih baik dan bukannya membatalkan projek. Ia tiada akal.

“Kerajaan boleh membatalkan projek, tetapi adakah anda melakukan untuk alasan yang betul. Adakah anda melakukan untuk rakyat Malaysia, ini persoalan yang kita perlu tanya.

“Kerajaan tidak seharusnya menyalahkan pentadbiran terdahulu dan mereka mesti melakukan yang lebih baik supaya rakyat yang mengundi mereka layak meminta apa yang diminta,” katanya yang dipetik dari portal berita Malaysiakini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan hari lahirnya yang ke-65 yang disambut lebih awal dua hari meraikan waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 di rumahnya di Jalan Langgak Duta di sini malam tadi.

Turut berada di majlis itu ialah ibunya, Tun Rahah Mohammad Noah dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Majlis itu turut dihadiri beberapa ahli keluarga waris nahas pesawat MH17 yang jatuh ditembak oleh pelancar peluru berpandu darat ke udara BUK buatan Rusia dari wilayah pemberontak di sempadan Rusia dan Ukraine pada 17 Julai 2014.

 - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-