Monday, July 16, 2018

Najib kini Ahli Parlimen pembangkang

JANATUL FIRDAUS YAACOB
16 JULAI 2018

Ahli Parlimen Pekan itu mengangkat sumpah sejurus selepas Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR - Detik bersejarah dirakam hari ini, apabila bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Pekan itu mengangkat sumpah sejurus selepas Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid mengetuai upacara angkat sumpah bagi blok BN selaku Ahli Parlimen Bagan Datok dan juga Ketua Pembangkang.

Meskipun pada awalnya Ahli Parlimen BN dan Pas memboikot namun mereka tetap mengangkat sumpah di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof.

Buat pertama kalinya sejarah terpahat apabila sekian lama para Ahli Parlimen BN yang sebelum ini menjadi kerajaan kini beralih posisi ke blok pembangkang.

Persidangan Mesyuarat Penggal Pertama itu yang dijadual berlangsung selama 20 hari itu dijangka berakhir 16 Ogos ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-