Wednesday, July 4, 2018

'Najib Razak mengaku tidak bersalah'

Murni Wan Omar
cnews@nstp.com.my

NAJIB (tengah) menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah, hari ini. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

TIDAK bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Datuk Seri Najib Razak selepas tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta dibacakan terhadapnya sekali lagi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Peguam Negara Tommy Thomas memberitahu mahkamah bahawa walaupun pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib adalah kesalahan tidak boleh dijamin, bagaimanapun pihaknya tidak membantah sebarang jaminan diberikan.

Beliau menawarkan jaminan RM4 juta dengan dua orang penjamin tanpa syarat tambahan.

Sementara itu, peguam Najib iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membantah jumlah itu dan mendakwa ia terlalu tinggi.

Beliau kemudian memberitahu mahkamah bahawa dua anak bekas Perdana Menteri itu akan menjadi penjamin kepada bapa mereka.

Muhammad Shafee memohon jaminan antara RM500,000 hingga RM800,000 dikenakan terhadap Najib, dan turut memaklumkan anak guamnya akan mencagarkan rumahnya berikutan akaun bank ahli keluarganya dibekukan .

Bagaimanapun, Tommy membantah rayuan pembelaan sambil mendakwa jaminan sebanyak RM4 juta adalah jumlah yang wajar.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Julai 2018 @ 11:04 AM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-