Wednesday, July 4, 2018

Najib tiba di mahkamah, disambut laungan takbir

Diterbitkan 4 Jul 2018, 7:24 pagi


LANGSUNG | Kurang dari dua bulan selepas pilihan raya 9 Mei, sejarah dicatat lagi apabila bekas perdana menteri Malaysia dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini untuk menghadapi tuduhan jenayah.

Pentadbiran Pakatan Harapan telah menunaikan janjinya untuk mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung skandal 1MDB apabila ditahan SPRM semalam.

Semua mata kini tertumpu ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di mana Najib dijangka menghadapi lebih 10 tuduhan pecah amanah berkaitan transaksi melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Kes Najib akan disebut ke hadapan hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamaruddin sebelum di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah.

Pendakwaan akan diketuai oleh peguam negara yang baru dilantik Tommy Thomas.

Ikuti laporan langsung dan terkini pasukan wartawan Malaysiakini:

8.55 pagi: Shafee tiba bersama pasukan peguam bela termasuk Harvinderjeet Singh, Farhan Read, dan Farhan Shafee.

8.42 pagi: Peguam Negara Tommy Thomas tiba bersama pasukannya termasuk Manoj Kurup, Mohd Hanafiah Zakaria dan Mohd Ishak Yusof

Anak-anak Najib, Najwa dan suaminya Daniyar serta Ashman juga masuk ke bilik mahkamah.

Sementara itu, anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dilihat berada di luar mahkamah.

"Perjuangan belum selesai, lihat Anwar Ibrahim.

"Dia masuk dan keluar dari penjara tetapi perjuangannya berterusan," kata bekas timbalan menteri itu kepada pemberita.

8.30 pagi: Bekas perdana menteri diiringi ke bilik saksi. Isterinya, Rosmah Mansor juga dijangka hadir.

Seperti dijangka, kawalan keselamatan ketat di dalam mahkamah. Wartawan hanya dibenarkan menduduki dua bangku terakhir.

Salah seorang anak Najib dari perkahwinan pertamanya, yang dipercayai Nazifuddin, juga dilihat berada dalam mahkamah.
Najib tiba di mahkamah
8.18 pagi: Datuk Seri Najib Razak tiba di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan dilihat memakai kemeja biru.

Kira-kira 50 penyokong Najib melaungkan "Hidup Najib" dan takbir "Allahuakbar"

Berlaku tolak menolak ketika Najib memasuki pintu utama mahkamah.

8.15 pagi: Peguam Rosmah, K Kumaraendran tiba di mahkamah dan memasuki bilik saksi.

Menurut sumber, difahamkan bekas perdana menteri itu akan menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah hari ini dan bukan 10 pertuduhan seperti dilaporkan lebih awal.

Terdapat satu atau dua lagi pertuduhan akan dikenakan di bawah Akta SPRM 2009.

Najib juga mungkin menghadapi pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) pada hari yang lain.

8.10 pagi: Pemimpin Umno Tun Faisal Ismail Aziz yang mengetuai himpunan solidariti terhadap Najib berbalah dengan anggota polis yang bertugas.

"Ini bukan karaoke, ini mahkamah!" kata seorang pegawai polis kepada Tun Faisal ketika beliau cuba mengajak orang ramai menyanyi lagu "Allah Selamatkan Kamu".

Tun Faisal membantah dengan mengatakan tiada halangan untuk bercakap atau menyanyi di luar lobi mahkamah tetapi pihak polis menegaskan bahawa orang ramai harus bergerak ke luar dari pintu utama.

"Di mana arrest team? Bertindak macam budak-budak," kata pegawai itu lagi.

Di kalangan orang ramai, ada yang berteriak "jangan provoke!" ke arah polis.


8.05pagi: Bernama melaporkan kenderaan yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 7.37 pagi ini.

Kenderaan Proton Inspira merah yang membawa Najib diiringi enam kenderaan lain termasuk dua kereta peronda polis dan dua motosikal pengiring.

8.00 pagi: Laungan "bebas Najib" bergema di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sekumpulan penyokong Najib melaungkan "bebas Najib" sebanyak tiga kali bagi membakar semangat sebelum ketibaan bekas perdana menteri itu.

Mereka turut menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu".

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy mengarahkan mereka beredar ke luar kompleks mahkamah kerana menghalang laluan kenderaan untuk masuk.

"Jangan ganggu perjalanan mahkamah, kalau nak menyanyi di luar," katanya.

7.50pagi: Kompleks Mahkamah, Jalan Duta - Antara pemimpin Umno yang dilihat menunjukkan sokongan kepada Najib termasuk ketua Umno bahagian Batu Pahat Datuk Puad Zarkashi, Ketua Wanita Umno Datuk Noraini Ahmad dan anggota exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai blogger Papagomo.

"Kami datang untuk menunjukkan sokongan kerana beliau (Najib) bukan sahaja bekas presiden Umno tetapi juga bekas perdana menteri kita.

"Kami mahu menunjukkan bahawa kami akan terus mempertahankannya," kata Puad kepada pemberita.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy juga dilihat berada di lobi bersama sekumpulan pegawai dan anggota polis yang lain.
Ketibaan pegawai-pegawai SPRM 
7.35pagi: Mahkamah Sesyen - Pegawai dari SPRM kelihatan memeriksa bilik mahkamah.

Salah seorang daripada mereka dilihat membawa beg besar dan satu lagi membawa dokumen yang tebal.

Beberapa pegawai polis berpakaian biasa juga dilihat bersama mereka.

7.25pagi: Kompleks Mahkamah, Jalan Duta - Empat trak FRU dan sebuah trak polis memasuki kompleks mahkamah.

7.35pagi: Mahkamah Sesyen - Pegawai dari SPRM kelihatan memeriksa bilik mahkamah.

Salah seorang daripada mereka dilihat membawa beg besar dan satu lagi membawa dokumen yang tebal.

Beberapa pegawai polis berpakaian biasa juga dilihat bersama mereka.

Sementara itu, peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka mengetuai pasukan peguam Najib.

Laluan ke kawasan lobi dipenuhi dengan petugas media tempatan dan antarabangsa yang menunggu ketibaan Najib.

Di tingkat atas di bilik mahkamah, wartawan juga sedang menunggu prosiding bermula.

Sementara itu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka mengetuai pasukan peguam Najib.
7.05pagi: Jurugambar berkumpul di lobi. Najib dijangka dibawa masuk ke lobi dan dikawal ke tingkat keempat.

Peguam Negara Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan dijangka mengadakan sidang akhbar selepas Najib didakwah.

7pagi: Kumpulan sekitar 50 orang yang terdiri daripada petugas media dan yang lain-lain sudah berkumpul di kompleks mahkamah/ Mereka tiba sebelum matahari terbit.

Anggota polis turut meningkatkan kawalan dengan anjing pengesan kelihatan digunakan untuk memeriksa kenderaan yang memasuki kawasan bangunan melalui pondok utama pengawal.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-