Friday, July 20, 2018

NGO desak tangkap Ramasamy, pertahan Zakir Naik


Lebih 100 orang yang mewakili pelbagai NGO Islam Melayu berhimpun di hadapan Masjid Jamek Shaikh Eusoff di Pulau Pinang bagi menyatakan bantahan terhadap Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy yang mahu pendakwah Islam tersohor, Dr Zakir Naik diusir ke India.

Dengan bersongkok hitam dan berbaju Melayu, sebaik selesai solat Jumaat, kumpulan berkenaan mengecam ADUN Prai itu sambil melaungkan "Tangkap Ramasamy".

Mereka mendesak pemimpin DAP tersebut supaya menghormati Islam sebagai agama persekutuan.

Pihak polis yang berada di sekitar kawasan itu berjaya memastikan lalu lintas tidak terhalang dan protes berjalan dengan aman.

Antara NGO yang terbabit termasuk Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ), One Centre, PERKASA serta beberapa NGO lain.

Jurucakap NGO itu yang juga Presiden IPSI, Kamarudin Abdullah berkata, selain mengecam Ramasamy, himpunan itu juga bagi membidas kegiatannya dalam kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

"Kami berkumpul di sini bukan dasar anti mana-mana agama atau pengikutnya tapi kami hanya mahu membela kebenaran.

"Pada masa yang sama, kami juga minta pihak-pihak tertentu (yang berkepentingan) agar tidak mencampuri urusan Islam," katanya .

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-