Thursday, July 12, 2018

Penganjur mohon maaf, tak sengaja 'jamu' babi pada Muslim


Shakira Buang | Diterbitkan 12 Jul 2018, 7:12 petang 


Penganjur sebuah acara anugerah di Melaka semalam, yang dituduh menghidangkan babi kepada wartawan, menjelaskan tidak bermaksud berbuat demikian.

Setiausaha Persatuan Perlindungan dan Pembangunan Pertanian Malaysia Chai Chang Xiu menjelaskan hidangan tidak halal disediakan di meja pemberita kerana tidak maklum berkaitan kehadiran wartawan beragama Islam.

"Kita sudah hantar jemputan media kepada mereka tapi tidak mendapat maklum balas akan kehadiran mereka.

“Maklum balas hanya diterima daripada media Cina seperti Nanyang, China Press dan Shin Chew Daily.

"Jadi, kami hanya sediakan meja untuk merekalah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan wartawan kecewa dengan sikap penganjur dalam acara di Sekolah Pay Fong, Melaka yang didakwa menghidangkan menu babi tanpa memaklumkan perkara itu.

Baca: Utusan lapor penganjur ‘jamu’ wartawan hidangan babi

Chai bagaimanapun menjelaskan pihaknya turut menyediakan lima meja halal daripada keseluruhan 50 meja dalam acara itu.

Makanan halal dalam acara itu juga disediakan oleh jurusaji halal, katanya lagi.

Mengakui insiden itu sebagai kesilapan, beliau berkata wartawan berkaitan boleh berpindah meja ke bahagian makanan halal.

"Muslim datang sepatutnya duduk di depan yang terhidang, tak ada masalah,” katanya.

Chai bagaimanapun memohon maaf atas salah faham itu.

“Saya minta maaf,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-