Thursday, July 5, 2018

Perbicaraan kes Najib belum ditentukan, kata Pejabat Peguam Negara


Pejabat Peguam Negara hari ini menjelaskan bahawa tarikh perbicaraan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa dan pecah amanah belum ditentukan, sekali gus menafikan laporan media semalam.

Dalam kenyataan media, Pejabat Peguam Negara berkata Mahkamah Tinggi hanya memberi gambaran, berdasarkan jadual hakim dan tarikh yang mempunyai kekosongan untuk perbicaraan.

"Mahkamah Tinggi sudah menjelaskan bahawa tarikh perbicaraan hanya akan ditentukan selepas kes itu disebutkan di mahkamah pada 8 Ogos.

"Tarikh perbicaraan bagi kes rumit seperti ini jarang ditetapkan pada hari pendakwaan yang merupakan penampilan pertama pihak yang terlibat di mahkamah dan pasukan pendakwaan tidak dijangka untuk menyediakan dokumen pada hari itu," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menambah bahawa dokumen berkaitan hanya akan dikemukakan sebelum permulaan perbicaraan.

"Pasukan pendakwa mahu memohon kepada Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos nanti agar tarikh perbicaraan ditetapkan November tahun ini," katanya.

Pejabat Peguam Negara juga menekankan perintah tegah yang dikeluarkan kes itu hanya bersifat sementara dan pasukan pendakwa berhasrat membantahnya.

"Permohonan bertulis formal daripada pihak pembelaan, menyokong afidavit yang menyatakan perintah tegah itu dan pelanjutannya ditentukan bagi perbicaraan pada 8 Ogos. Pasukan pendakwaan akan membantah permohonan itu," katanya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-