Monday, July 23, 2018

PM putuskan kedudukan Mara dalam masa terdekat – Mohd. Redzuan

By Mohammad Arif Nizam
     23 Julai 2018

Menteri Pembangunan Usahawan, Yb Mohd Redzuan Yusof mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Amanah Rakyat (MARA) ketika mengadakan lawatan kerja ke MARA di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat Mara, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 23 JULAI 2018

KUALA LUMPUR – Kedudukan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Mohd. Yusof berkata, ketika ini kawal selia dan tanggungjawab agensi Bumiputera itu dalam peringkat perbincangan Kabinet.

Jelasnya, secara peribadi beliau mahu Mara diletakkan di bawah kementeriannya walaupun sebelum ini agensi itu milik Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang kini dikenali Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

“Mara sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum dibubarkan pada 2009.

“Jadi saya hendak sambung balik agenda dan memperkasakan peranan Mara yang termaktub dalam Akta Mara,” katanya pada sidang media selepas mengadakan taklimat bersama pengurusan tertinggi Mara dan agensi-agensi di bawah KKLW sebelum ini di sini hari ini.

Turut hadir timbalannya, Dr. Mohd. Hatta Ramli.

Ditanya agensi-agensi lain yang secara rasmi telah diletakkan di bawah kementeriannya, Mohd. Redzuan berkata, pengumuman akan turut dibuat dalam masa terdekat.

Mengulas keutamaannya sebagai menteri, Mohd. Redzuan berkata, beliau berdepan cabaran untuk meningkatkan jumlah usahawan perusahaan kecil dan sedehana (PKS) pada masa akan datang.

Jelas Ahli Parlimen Alor Gajah itu, industri PKS ketika ini menjadi antara penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dan sumbangannya perlu dipertingkatkan kepada 40 peratus. – MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-