Thursday, July 19, 2018

Polis terima lebih 50 laporan terhadap Ramasamy

Nur Hasliza Mohd Salleh | July 19, 2018

Ketua Polis Negera berkata maklumat lanjut akan diambil dalam masa terdekat.
53 laporan polis diterima termasuk daripada P Ramasamy sendiri kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pelampau Tamil, Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan menerima lebih 50 laporan kes terhadap Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, Dr P Ramasamy di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak 53 laporan polis diterima termasuk daripada P Ramasamy sendiri kerana didakwa terlibat dengan kumpulan pelampau Tamil, Liberation of Tigers Tamil Eelam (LTTE).

“Kita terima laporan di seluruh negara, bermula di Pulau Pinang.

“Kertas siasatan akan dibuat dan siasatan dijangka bermula dengan kadar segera.

“Beri kita masa untuk mengumpul maklumat terkini, jika perlu maklimat tambahan, kita akan maklumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar di Persada PLUS di sini.

Sebelum ini media tempatan melaporkan parti politik dan beberapa badan bukan kerjaan (NGO) mendesak siasatan dibuat terhadap P Ramasamy kerana didakwa terlibat dengan kumpulan tersebut.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkongsi kiriman di Facebook yang menyeru pihak berkuasa menyiasat Ramasamy yang dikaitkan dengan LTTE, yang diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh lebih 30 negara termasuk Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata polis harus menyiasat gambar yang tular di media sosial menunjukkan P Ramasamy memberi penghormatan kepada satu bingkai bergambar senapang Kalashnikov serta menerima kunjungan ahli politik India yang menyokong kumpulan pemisah Tamil di Sri Lanka.

Nasrudin merujuk lawatan V Gopalasamy yang lebih dikenali sebagai Vaiko, yang mengetuai parti Marumalarchi Dravida Munnetra Kazhagam (MDMK) yang berpangkalan di Tamil Nadu, ke Pulau Pinang baru-baru ini untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Ramasamy.

LTTE dilaporkan terlibat dengan aktiviti keganasan di Sri Lanka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-